2011年12月1日星期四

Fasa Bulan

Murid-murid sekalian, pernahkah kamu memerhatikan bulan pada waktu malam? apa yang dapat anda perhatikan terhadap bentuk bulan kita? adakah ia sama pada setiap malam?

Sebenarnya, bulan adalah tidak sama pada setiap malam. Mari kita perhatikan gambar dibawah ini.



Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat. Untuk memudahkan lagi kefahaman murid-murid, sila lihat pada video dibawah ini.


Adakah murid-murid lebih faham terhadap fasa bulan sekarang? 

Selain dari itu, pernahkah murid-murid terfikir terhadap temboh kejadian semulajadi ini? berapa lamakah tempoh setiap fasa ini?Mari kita semak bersama-sama.





Jadi, adakah murid-murid telah faham tentang fasa bulan? Untuk menambahkan lagi ilmu kita terhadap topik ini, murid-murid boleh melayari web yang berikut:


Diharapkan murid-murid boleh menguasai topik ini dengan lebih mudah dan cepat.